Sunday 15 May 2016

BABA 17 MARA


BAB 17 MARA
SEKILAS  MARA
·         Majlis Amanah Rakyat
·         Majlis Amanah Rakyat (bahasa Inggeris: Indigenous People's Trust Council; seringkali disingkatkan kepada MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
·         MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
·         Kronologi
o   1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
o   1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
o   1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.
·         Peranan  RIDA Dalam RANCANGAN MALAYA PERTAMA ( 1956-1960)
o   memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,
o   membantu pemasaran hasil pertanian dan
o   menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan, Kedai Bergerak RIDA, Taman Asuhan RIDA dan Air Telaga RIDA.
o   membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
o   Kedai Beroda
·         Peranan MARA dalam Pendidikan
o   Maktab Rendah Sains MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
o   Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
o   Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
o   GiatMARA
o   Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
o   Institut Kemahiran MARA (IKM)
o   German-Malaysian Institute (GMI)
o   Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
o   Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
o   Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
·         Peranan MARA dalam merealisasikan Perkara 153
o   Perkhidmatan Awam
§  MARA telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai golongan bumiputera meliputi semua agensi MARA.
o   Biasiswa
§  MARA memainkan peranan besar menyediakan biasiswa dan menaja ramai pelajar  bumiputera melanjutkan pelajaran daripada peringkat menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Selain itu, MARA juga menyediakan skim pinjaman pelajaran boleh ubah.
o   Danasiswa
§  MARA memperoleh peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat bagi membiayai pemberian biasiswa/pinjaman kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negara.
o   Pendidikan dan Latihan
§  MARA turut terlibat dalam memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan kepada golongan bumiputera. Contohnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Giat MARA, Institut Kemahiran MARA (IKM),  Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Universiti Kuala Lumpur (Uni-KL).

·         Pengerusi MARA
o   01.12.1965 - 07.06.1967 - Dato' Abdul Rahman bin Musa
o   08.06.1967 - 31.08.1967 - Tan Sri Taib Andak
o   01.09.1967 - 31.10.1971 - Y.B Encik Abdul Ghafar bin Baba
o   01.11.1971 - 31.01.1973 - Y.B Dato' Mustapha bin Hj. Abd. Jabar
o   01.02.1973 - 17.09.1973 - Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd. Ali
o   18.09.1973 - 30.09.1974 - Encik Ahmad bin Hj. Abdul Rahim
o   01.10.1974 - 31.05.1975 - Encik Sulaiman bin Osman
o   01.07.1975 - 23.08.1978 - Y.B Tan Sri Abd. Aziz Yeop
o   01.11.1978 - 15.10.1982 - Dr. Nawawi bin Mat Awin
o   16.10.1982 - 16.07.1984 - Y.B. Tuan Hj. Abdul Rahim bin Abu Bakar
o   17.07.1984 - 16.08.1984 - Tuan Haji Mohd. Ridzuan bin Abd. Halim
o   17.08.1984 - 31.08.1986 - Y.B. Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Ghazali
o   01.09.1986 - 31.10.1987 - Y.B. Dato' Hj. Khalid bin Yunus
o   01.11.1987 - 15.01.1991 - Y.B. Dato' Hj. Ismail bin Said
o   15.01.1991 - 12.01.1993 - Y.B. Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar
o   17.03.1993 - 23.07.1995 - Y.B. Datuk Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
o   24.07.1995 - 31.03.1998 - Y.B. Dato' Hj. Othman bin Abdul
o   01.04.1998 - 02.04.2000 - Y.B. Ruhanie b. Ahmad
o   03.04.2000 - 31.03.2004 - Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop
o   03.04.2004 - 15.07.2004 - Dato’ Zamani b. Md. Noor
o   16.07.2004 - 13.08.2008 - Y. B. Brigidier Jeneral (B) Dato’ Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin
o   16.07.2008 - 9.03.2013 - Y. B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh
o   10.03.2013 - sekarang - Y. B. Dato' Tan Sri Haji Annuar bin Haji Musa


1 comment:

  1. Terima kasih sir yahya❤...semoga sir dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan 🌹 dan semoga pembedahan sir nanti berjalan lancar🙏

    ReplyDelete