Sunday 15 May 2016

BAB 11 PEMBANGUNAN NEGARA

BAB 11
PEMBANGUNAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN
PENGENALAN
·         Dasar merupakan:
·         Asas atau tapak.
·         Panduan besar
·         Falsafah
·         Peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar.

DEFINISI PEMBANGUNAN
·         Pembangunan ialah usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju dari aspek sosial, kebudayaan, politik, ekonomi dan psikologi.
·         Pembangunan ialah kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas (seperti makanan, pakaian, tembpat tinggal), pekerjaan dan kesamarataan.

INDIKATOR
·         Pada awalnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pertambahan Dalam Pendapatan Perkapita dijadikan indikator pembangunan.
·         Jurang kemiskinan.
·         Pengangguran
·         Penjajahan politik atau mental
·         Masalah-masalah sosial

MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA
·         Malaysia ingin maju seperti negara lain.
·         Malaysia perlu ke arah pembangunan Barat iaitu pembangunan industri
·         Malaysia sedang menuju ke arah Negara Industri Baru.
·         Tidak menggunakan kaedah Barat

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
·         Rancangan Lima Tahun
·         Dasar ekonomi baru
·         Diperkenalkan pada 1970 reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969
·         Bumiputera dengan bukan bumiputera
·         Desa dengan bandar
·         Negeri2 Pantai Barat dengan Pantai Timur.
·         Negeri2 di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak

MATLAMAT
·         Membasmi kemiskinan
·         Menyusun semula masyarakat



STRATEGI DASAR EKONOMI BARU
·         Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa melalui pembukaan tanah baru dan penempatan petani
·         Mewujudkan lebih banyak peluang2 pekerjaan di sektor perkilangan
·         Memperbaiki infrastruktur
·         Membaiki kemudahan awam
·         Meluaskan peluang2 pekerjaan
·         Menggalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti
·         Memodenkan suasana hidup luar bandar

KEJAYAAN DASAR EKONOMI BARU
·         Purata pertumbuhan ekonomi negara 6.7%.
·         KDNK RM21,548juta(1970)–RM59,155 juta (1990).
·         Pendapatan perkapita RM1,109(1970)-RM6,180(1990)
·         Kadar kemiskinan 42.4%(1976)-17.1%(1990).
·         Kadar kemiskinan luar bandar 50.9%(1976)-21.8%(1990)
·         Hak milik modal saham bumiputera 2.4%(1970)-20.3% (1990).
·         KELEMAHAN DASAR EKONOMI BARU
·         Bilangan bumiputera dalam sektor moden (profesional dan pengurusan) masih rendah.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
·         Menggantikan DEB pada 1990.
·         Digubal dengan iktibar DEB.
·         Dilaksanakan dalam Rangka Rancangan Panjang Kedua (RRJP2)(1991-2000).
·         Masa –10 tahun.
·         Merupakan 1/3 daripada Wawasan 2020.

PEBEZAAN DASAR EKONOMI BARU DAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
·         Membasmi kemiskinan dengan menurunkan kemiskinan relatif
·         Penglibatan sektor swasta ditingkatkan
·         Strategi dpn
·         Mengemaskinikan pembasmian kemiskinan tanpa kaum
·         Tumpuan khas kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT).
·         Mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin)
·         Meramaikan bumiputera dalam bidang2 profesional, pengurusan dan teknikal melalui latihan dan pendidikan.
·         Sektor swasta dilibatkan beri peluang pekerjaan.
·         Pelbagaikan asas ekonomi negeri2 kurang maju

FAKTOR KEMISKINAN
·         Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman
·         Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia
·         Saiz isi rumah yang terlalu besar.
·         Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit
·         Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran
·         Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.
·         Jenis pembasmian kemiskinan
-          Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
-          Pembasmian kemiskinan mengikut negeri
-          Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan 
·         Hakmilik Modal Saham naik daripada 2.4% pada tahun 1920 kepada 20.3% pada tahun 1990

DASAR WAWASAN NEGARA
-          Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.

-          Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.

-          Berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

-          Merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu,progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.

-          Untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.

TERAS KRITIKAL DASAR WAWASAN
·         Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
·         Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah
·         Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
·         Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi danliberalisasi
·         Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;
·         Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan
·         Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang



WAWASAN 2020
·         Datuk Dr Seri Mahathir Mohamad telah kemukakan mengenai Wawasan 2020 dalam kertas kerja bertajuk “Malaysia, Melangkah Ke Hadapan” dalam Majlis Pedagangan Malaysia di KL 28 Feb 1991.
·         Malaysia diharap menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
·         Malaysia maju menurut acuan negara sendiri.
·         Maju sepenuhnya dalam semua bidang dengan mengambil kira perpaduan nasional dan sosial atau disebut sebagai Pembangunan Seimbang.
·         Berkait rapat : RRJPII, DPN, RML6 dan 7.

9 CABARAN
·         Cabaran 1:Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
-          Ciri-ciri
§  Menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman.
§  Berintegrasi di peringkat negeri.
§  Wujud integrasi kaum.
§  Bekerjasama antara kaum .
§  Setia dan dedikasi terhadap negara.

§  SEKOLAH WAWASAN
·         Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi:
·         Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit buntar, Perak
·         Kompleks Sekolah Wawasan  Taman Aman, Alor Setar, Kedah
·         Kompleks Sekolah Wawasan  Tasik Permai, Pulau Pinang
·         Kompleks Sekolah Wawasan  USJ, Subang Jaya, Selangor
·         Kompleks Sekolah Wawasan  Pundut, Seri Manjung, Perak
§  Program khidmat negara
·         Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas,  tenteram dan berkeyakinan
·         Ciri-ciri:
-          Rakyat Malaysia diharapkan berjiwa bebas,
-          Tenteram
-          Berkeyakinan terhadap keupayaan diri.
-          Gagah menghadapi pelbagai cabaran.
-          Tidak mengalah kepada sesiapa.

·         Strategi: malaysia boleh

-          Datin Paduka Sharifah Mazlina
-          Dr Sheikh Muszaphar Shukor
-          dAtuk azhar mansor
-          Mohanadas Nagappan dan M. Magendran
-          Datuk nicole david
-          Datuk lee chong wei
-          Kereta nasional


·         Cabaran 3: Masyarakat demokratik yang matang
-          Ciri-ciri:
§  Melahirkan mayarakat Malaysia yang mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang.
§  Mengamalkan demokrasi.

-          Strategi:
§  Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) yang merupakan forum untuk perbincangan pendapat rakyat berkenaan dasar ekonomi diperkenalkan kerajaan.

·         Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat  yang bermoral dan beretika
-          Ciri-ciri:
§  Rakyat Malaysia memiliki nilai kukuh dalam agama.
§  Nilai moral dan etika yang tinggi.
-          Strategi:
§  mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam terhadap pelajar.

§  Strategi: pendidikan islam dan moral
·         Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
-          Ciri-ciri:
§  Mewujudkan masyarakat yan liberal dan bertolak ansur.
§  Bebas mengamal adat dan kebudayaan tersendiri.
§  Mementingkan kesetiaan kepada negara kita.
-          Strategi: citrawarna
·         Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik
-          Ciri-ciri:
§  Mewujudkan masyarakat yang memiliki daya perubahan tinggi.
§  Menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan.

-          Strategi:
·         Mengadakan Koridor Raya Multimedia ( MSC).
·         Program Sekolah Bestari.
·         Mata pelajaran teknologi maklumat (untuk SPM_)
·         Bidang teknik dan vokasional.
·         Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)

·         Strategi: msc
·         Strategi: sekolah bestari
·         Bidang teknik dan vokasional
·         Measat 3
·         Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang
-          Ciri-ciri:
·         Mewujudkan masyarakat yang mengutamakan budaya penyayang iaitu : kepentingan masyarakat lebih diutamakan.
·         Mementingkan kebajikan semua insan.
·         Mempunyai  sistem kekeluargaan yang kukuh.

·         Bersamamu tv3
·         Talian nur kasih
·         Kempen rumahku syurgaku
·         Kempen budi bahasa budaya kita
·         Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
-          Ciri-ciri:
§  Masyarakat yan melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
§  Perkongsian dalam bidang ekonomi.
§  Tidak wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
-          Strategi:
§  Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindutrian Bumiputera (MPPB).

·         Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur
-          Ciri-ciri:
§  Mewujudkan masyarakat makmur dan mempunyai ekonomi berdaya saing
§  Dinamik
§  Kental  
-          Strategi:
·         Penggunaan gentian optik oleh Telekom Malaysia.
·         Sistem LRT (Light Railway Transit) dan Monorel.
§  Sistem rangkaian pengangkutan bertaraf dunia
·         klcc
·         Kl tower
·         klia

·         lrt

No comments:

Post a Comment