Sunday 15 May 2016

BAB 6 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KELUHURAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BAB 6

LATARBELAKANG PERLEMBAGAAN
PENGENALAN
·         K. Ramanathan (1989):
·         “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.
·         Perlembagaan menjelaskan perkara-perkara seperti kebebasan asasi, hak seseorang, kehakiman, kewarganegaraan, kewangan, perkhidmatan awam, undang-undang Persekutuan, Kerajaan Persekutuan, pilihanraya dan lain-lain.

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
·         Perlembagaan Kesatuan Melayu 1946.
o   Termasuk BMA dan Malayan Union.
o   Dibatalkan pada 1 Februari 1946.
·         Perlembagaan Tanah Melayu 1948.
o   Hasil Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 antara Raja Melayu dan British
o   Kerajaan mengandungi:
§  Pesuruhjaya Tinggi British
§  Majlis Mesyuarat
§  Majlis Perundangan
·         Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
o   Dibuat oleh Suruhanjaya Reid:
o   Lord Reid – England
o   Sir Ivor Jennings – UK
o   Sir William Makell – Australia
o   B. Malik – India
o   Hakim Abdul Hamid – Pakistan
o   131 cadangan diterima tetapi cadangan dari Parti Perikatan jadi asas.
o   Ambil masa  8 bulan untuk siapkan draf perlembagaan.
o   Diterbitkan pada 21 Februari 1957.
o   Diisytiharkan bersama-sama dengan perlembagaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang pada 31 Ogos 1957.
·         Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
o   Suruhanjaya Cobbold – April 1962.
o   Perjanjian ditandatangani – 9 Julai 1963.
o   Akta Malaysia diluluskan -16 Sept 1963.
o   Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas untuk penggubalan.
o   Diisytiharkan pada 16 September 1963.

JENIS PERLEMBAGAAN
·         Perlembagaan Bertulis
o   Diasaskan pada satu dokumen.
o   Mengikut kebiasaan yang dibuat.
o   Conventional atau enacted.
o   Sukar untuk dibuat pindaan
o   Parlimen membuat undang-undang
o   Mahkamah mentafsir undang-undang
·         Perlembagaan Tidak Bertulis
o   Diamalkan di England.
o   Berdasarkan kepada sebab sejarah.
o   Senang dipinda.

·         TUJUAN PERLEMBAGAAN
o   Mewujudkan pemerintahan yang adil
o   Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
o   Alat penyelesaian masalah
o   Mengekalkan riwayat negara bangsa
o   Menjaga kestabilan negara

·         KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
·         Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
·         Negara raja berperlembagaan.
·         Negara demokrasi berparlimen.
·         Islam sebagai agama rasmi.
·         Pengasingan kuasa:
o   Eksekutif, Legislatif, dan Judisiari
·         Badan Kehakiman bebas dan berasingan daripada Parlimen dan Eksekutif.
·         Kandungan Ringkas Perlembagaan

o   Senarai Persekutuan

§  Bidang tugas merangkumi Hal ehwal luar negeri, Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran keadilan, Kerakyatan negara., Pilihanraya negara, Kewangan, Perniagaan, perdagangan dan perusahaan, Perkapalan, pelayaran dan perikanan. Perhubungan dan pengangkutan. Kerja raya dan tenaga pusat. Jabatan ukur, penyelidikan. Pelajaran. Kesihatan. Keselamatan buruh dan sosial. Orang asli. Hari cuti
o   Senarai Kerajaan Negeri

§  Undang-undang Islam. Tanah. Pertanian dan perhutanan. Kerajaan tempatan. Perkhidmatan tempatan. Kerajaan negeri. Hari cuti negeri. Undang-undang Negeri . Kastam tempatan. Pelabuhan. Jabatan ukur tanah. Perpustakaan, muzium.
o   Senarai Pusat dan Negeri
§  Kebajikan sosial. Biasiswa. Taman Negara. Perancangan bandar dan negara. Penjagaan haiwan. Kesihatan dan kebersihan awam. Parit dan tali air. Pemulihan. Perkapalan. Air dan elektrik. Derma. Hubungan awam.


KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·         Parlimen – Perlembagaan menentukan perkara yang boleh dilakukan
·         Yang diPertuan Agong – tertakluk kepada halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan
·         Kehakiman – undang-undang mesti tidak terpesong daripada Perlembagaan
·         Kebebasan Asasi – banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan

KEUNIKAN PERLEMBAGAAN
·         Raja Berperlembagaan
·         Perkara-perkara untuk Sabah dan Sarawak
·         Keistimewaan orang-orang Melayu
·         Kerajaan negeri mempunyai kuasa sendiri
·         Masyarakat majmuk
·         Perkara 20 untuk Sabah
o   Peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Bab 7
o   Pengauditan negeri
o   Kuasa meminjam
o   Pemberian khas dan penyerahan hasil
o   Kajian semula pemberian khas
·         Kontrak Sosial
·         Raja Berperlembagaan
·         Perkara-perkara untuk Sabah dan Sarawak
o   Pengauditan negeri
o   Kuasa meminjam
o   Pemberian khas dan penyerahan hasil
o   Kajian semula pemberian khas
·         Keistimewaan orang-orang Melayu
·         Kerajaan negeri mempunyai kuasa sendiri
·         Masyarakat majmuk

PINDAAN PERLEMBAGAAN
·         Parlimen meminda Perlembagaan
o   2/3 Dewan Parlimen + Majlis raja-raja.
o   2/3 Dewan Parlimen + Yang Dipertua Negeri untuk kepentingan Sabah dan Sarawak.
o   Lebih 2/3 Dewan Parlimen.
·         Pindaan Akta 1994 (1 Ogos 1994):
o   183 kepada 192 kerusi Parlimen.
o   Imuniti raja dimansuhkan.
o   Mahkamah Khas (Special Court).
o   Mahkamah Rayuan (Court of Appeal).
o   Mahkamah Persekutuan Malaysia (General Court of Malaysia)

KESIMPULAN
·         Perlembagaan meliputi semua hak
·         Unik
·         Boleh diubah

·         Tujuan mengekalkan keamanan negara.

No comments:

Post a Comment