Sunday 15 May 2016

BAB 9 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

BAB 9
PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
·         KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
o   Pelbagai manusia
o   Bercampur tidak bersatu
o   Terpisah dalam politik
o   Budaya lain-lain.
o   Bertemu dan berpisah
o   Pekerjaan mengikut kaum
·         FAKTOR MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK
o   Dasar Pecah dan Perintah British
o   Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
o   Sistem pendidikan berlainan mengikut kaum
o   Pertubuhan berasaskan kaum
o   Penjajahan Jepun
o   Politik perkauman
o   Jurang ekonomi
·         FAKTOR PENGHALANG PERPADUAN
o   Sikap negatif masyarakat
o   Perkauman
o   Etnosentrisme
·         PENYEBAB PENGHALANG PERPADUAN
o   Kejahilan tentang kumpulan etnik lain
o   Proses kemasyarakatan terbatas dalam kumpulan etnik sendiri
o   Politik perkauman
o   Perbezaan sosio-ekonomi
o   Perbezaan kebudayaan
o   Segregasi atau pemisahan fizikal

USAHA KE ARAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
·         TEORI INTEGRASI
o   Asimilasi(A+B+C=A)
§  Baba dan Nyonya Melaka
§  Cina di Kelantan
§  Kanowit Sarawak
§  Kapit Sarawak
o   Asimilasi Struktur (Ai+B+C=Ai+Bi+Ci)
o   Amalgamasi (A+B+C=D)
o   Pluralisme (A+B+C=A+B+C)
o   Pluralisme Ubahsuaian (A+B+C=A1+B1+C1)
·         PERUBAHAN
o   Tahap hidup secara co-existence –hubungan minimum. Kontak dalam ekonomi sahaja. Semasa zaman penjajah.
o   Tahap kekerapan kontak luaran – kontak kerap tetapi tiada pesefahaman. Kontak dalam ekonomi. Semasa penjajahan dan menjelang kemerdekaan.
o   Tahap kompromi – sedar perlu kompromi. Dalam ekonomi dan politik. Semasa awal kemerdekaan.
o   Tahap perpaduan – semakin berkompromi. Cenderung bersatupadu. Kerjasama bersifat luaran.
o   Tahap integriti – mula perasaan saling mempunyai. Ada berkongsi nilai yang sama.


·         USAHA POLITIK
o   Perlembagaan
o   Akta Hasutan 1948
o   Akta Keselamatan Negeri (ISA)
o   Barisan Nasional
·         USAHA EKONOMI
o   Pembahagian harta – kuota perumahan. Galakkan Melayu beli saham kerajaan seperti MARA  dan ASN
o   Agensi kerajaan Bantu Melayu dalam perniagaan. – PERNAS,
o   Agensi Kerajaan - MARA
o   Pembahagian harta – kuota perumahan. Galakkan Melayu beli saham kerajaan seperti MARA  dan ASN.
o   Peluang pekerjaan – galakkan pelabur membina banyak kilang.
o   Agensi pembangunan –Untuk pertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat. FELDA
o   FELCRA
o   RISDA
o   Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
·         USAHA SOSIAL
o   Kurikulum pendidikan diubahsuai – lebih ke arah perpaduan.
o   Konsep kebudayaan Nasional – 1971 untuk wujudkan identiti nasional. Berasaskan kebudayaan Melayu dan menerima unsur2 kebudayaan lain.

o   Bahasa Melayu- sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar pendidikan.
o   Agensi – Rukun Tetangga
o   KEMAS
o   Jabatan Perpaduan Negara

STRATEGI INTEGRASI NASIONAL
·         STRATEGI
o   Pembangunan diri
o   Pembangunan fizikal dan sosial
o   Pembangunan Diri
§  Pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula – lebih menumpu kepada budaya sendiri. Oleh itu dedah kepada cara hidup kaum lain. Ko kurikulum sekolah dan universiti. Rukun Tetangga.
§  Pengurangan identifikasi kelompok – melalui pertubuhan dan sukan melibatkan semua kaum.
§  Pengurangan tuntutan2 kumpulan – tuntutan menimbulkan konflik. Korban demi toleransi.
§  Pengwujudan hubungan kohesif – supaya setiap kaum dapat memahami tentang kaum2 lain.
o   Pembangunan Fizikal dan Sosial
§  Pengemasan dan peningkatan strategi2 sosioekonomi – seperti DEB mencakup pertanian, pendidikan ,perindustrian, perusahan, perumahan.
§  Penukaran konsep2 yang bersifat memecah-belah – pentadbiran dulu memisahkan etnik dan wilayah. Seperti Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan bumiputera dan bukan bumiputera. Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Perlu diubah.
§  Pertukaran pegawai2 antara wilayah – kurangkan sikap kedaerahan.
§  Pendedahan kepada komuniti lain – seperti tidak tinggal setempat dan sewilayah. Tidak seperti katak di bawah tempurung.
§  Peningkatan peranan institusi2 sosial – seperti gotong royong dan sukan rakyat di kalangan penduduk taman perumahan.


·         KAEDAH MENCAPAI INTEGRASI NASIONAL
o   Kaedah Pembangunan Sosiopsikologi
o   Kaedah Pembangunan Sosioekonomi
o   Kaedah Pembangunan Sosio psikologi
o   Pendidikan formal – dimasukkan pengetahuan tentang etnik.
o   Aktiviti2 ko-kurikulum – libatkan semua etnik.
o   Pendidikan lanjutan –Titikberatkan unsur2 hubungan kemanusiaan, hubungan antara budaya, kepimpinan dan penyelesaian konflik
o   Kelompok2 sosial – melibatkan semua etnik.
o   Aktiviti2 sosial – seperti sukan, olahraga, kesenian, aktiviti perusahaan, kerja2 kebajikan awam.
o   Pelancongan dalam negeri – dan juga pembukaan kawasan baru dan penyediaan infrastruktur  dan pengangkutan yang menarik
o   Media massa – akhbar2 membuat liputan tanpa kepentingan kaum atau wilayah
o   Kaedah Pembangunan Sosioekonomi
o   Peningkatan infrastruktur pendidikan –lebih banyak peruntukan dan guru2 disalurkan di luar bandar.
o   Melahirkan usahawan dan golongan professional bumiputera – latihan, bimbingan dan sokongan diberikan.
o   Pembangunan sektor perusahaan kecil – penggunaan2 teknik2 pengeluaran moden. Pemberian insentif lokasi.
o   Pembangunan infrastruktur – perkhidmatan dan kemudahan seperti di bandar. Jadikan desa produktif, menarik dan membanggakan.
o   Pembangunan penduduk desa – untuk wanita dan suri rumah . Kanak2 dan keluarga miskin diberi bantuan kewangan, kemudahan atau pemakanan


No comments:

Post a Comment