Sunday 15 May 2016

BAB 16 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

BAB 16:
PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN
·         MENGAPA MANUSIA PERLU BERAGAMA
o   Manusia menganggap kuasa luar biasa dapat memberikan perlindungan dan keselamatan kepada mereka
o   Manusia bergantung kepada yang Maha Kuasa.
·         PEMBAHAGIAN AGAMA
o   Agama Samawi
o                      Agama yang bersumberkan wahyu daripada tuhan
o                     Contoh: Islam, Kristian dan Yahudi
o   Agama ciptaan manusia
o                    Contoh: Animismie, Confucius, Hindu, Buddha, Sikh, Tao, Shinto, agama                          primitive

·         PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN
o   Agama
§  Hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa yang luar biasa
§  Percaya kehidupan selepas mati
§  Wujud hukuman  di atas segala perbuatan manusia
o   Kepercayaan
§  Masyarakat mempercayai pantang larang dan adat
§  Diwarisi daripada generasi ke generasi
§  Tidak ada konsep hidup selepas mati dan pembalasan
·         PERANAN AGAMA KEPADA MANUSIA
o   Asas pembentukan nilai-nilai murni
o   Sumber undang-undang dan pemerintahan negara
o   Identiti
o   Kebudayaan dan kesenian
o   Pembentukan tamadun
o   Kewujudan semangat patriotism
o   Memupuk perpaduan dalam masyarakat
·         AGAMA ISLAM
o   Islam sampai ke KepulauanMelayu seawal abad ke 13
o   Bukti – penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1212.
o   Islam berkembang semasa Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15
o   Islam tersebar melalui perkahwinan dan perdagangan
o   Tiada tuhan selain Allah  dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruh Allah
o   Manusia bertakwa  dan beriman hanya kepada Allah
o   Di Malaysia, segelintir orang India dan Cina memeluk agama Islam atas keinginan sendiri dan hasil daripada perkahwinan campur
·         HARI PENTING DALAM AGAMA ISLAM
·         Bulan Ramadhan
·         Bulan Syawal
·         Maal Hijrah
·         Maulidur Rasul
·         Hari Raya Haji
·         Nuzul al-Quran
·         Bulan Ramadhan
o   Berpuasa sebulan,
o   Mengawal nafsu
o   Tidak makan dan minum pada siang hari
o   Tidak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa,
o   Mendidik manusia supaya sabar dan memahami kesusahan orang lain,
o   Merehatkan perut manusia
o   Bagus untuk kesihatan
·         Bulan Syawal
o   Meraikan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa,
o   Solat Aidilfitri,
o   Kunjung mengunjungi
·         Maal Hijrah
o   Mengingati Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah pada 622 Masihi.
o   Membawa maksud perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik
·         Maulidur Rasul
o   Memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
o   Diadakan 
§  creramah,
§  perarakan,
§  berselawat dan
§  majlis Maulidur Rasul
·         Hari Raya Haji
o   Dirayakan pada 10 Zulhijah.
o   Solat Aidiladha.
o   Melakukan ibadah korban.
o   Memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah

·         Nuzul al-Quran
o   Peristiwa turunnya ayat al Quran yang pertama
o   Mula turun ayat kepada Nabi Muhammad semasa di Gua Hira
o   Ayat Al Quran diturunkan secara berperingkat sehingga lengkap.

AGAMA BUDDHA
·         Dibuktikan dengan adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah
·         Masyarakat Cina di Malaysia beragama Baddha
·         Orang Cina di Thailand yang tinggal di Kelantan, Kedah dan Perlis juga beragama Buddha
·         Diasaskan oleh Sidartha Gautama
·         Seorang putera raja dari India
·         Dikenali sebagai Shakyamuni
·         Mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran
·         Maka lahirlah ajaran dalam agama Buddha
·         Menekankan kepada kitaran kehidupan iaitu:
o   Sila
o   Renungan
o   Kesedaran
o   Mencapai Simbodhi
·         Terlepas daripada usingan kelahiran aatau Nirvana dan Hukum Karma

·         PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT CINA
o   Tahun Baru Cina
o   Perayaan Chap Goh  Meh
o   Pesta Tanglung
o   Ching Ming
o   Chung
·         Tahun Baru Cina
o   Semua ahli keluarga berkumpul di rumah keluarga mereka
o   Rumah akan dibersihkan dan segala hutang perlu dibayar
o   Pada tengah malam bakar mercun 
o   tanda permulaan tahun baru
o   Menghalau segala nasib malang dan benda yang tidak baik
o   Hias rumah dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki
o   Jamuan utama ialah Yee Sang dan Kuih Bakul.
o   Pada malam tahun baru keluar makan besar dengan juadah tradisi seperti itik dan daging salai dan limau mandarin
o   Kunjung mengunjung dan orang muda menerima Ang Pau



·         Perayaan Chap Goh Mei
o   Selepas 15 hari Tahun Baru Cina
o   Upacara sembahyang dengan membakar colok besar
o   Upacara makan besar diadakan
o   Bakar mercun dan menyalakan tanglung
o   Melontar buah limau ke dalam laut atau sungai bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan hidup
·         Pesta Tanglung
o   Disebut juga Yuanxao Jie
o   Diraikan  14 hari  selepas Tahun Baru Cina
o   Dimulakan sejak zaman pemerintahan Dinasti Han
o   Masyarakat Cina akan menyediakan makanan tradisional seperti Yuanxiao atau Tong Yuen
o   Aktiviti pada waktu malam tersebut:’
o   Keluar bermain tanglung
o   Menyaksikan tarian singa, mercun dan bunga api
·         Ching Ming
o   Dikenali juga sebagai Ancestor Memorial
o   Disambut pada bulan april
o   Untuk mengingati orang yang telah meninggal dunia
o   Melawat kubur dengan membawa makanan atau bunga
o   Membuat replika kereta, duit, rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik terhadap simati
·         Chung
o   Bagi mengingati terkenal bernama Quwuan
o   Beliau adalah seorang tokoh politik dan penyair terkenal
o   Tindakan beliau mengkritik temntang kepincangan dalam pemerintahan kerajaan China menyebabkan beliau dibuang ke sungai
o   Masyarakat China memasak dumpling yang dibuat daripada beras pulut dan dihanyutkan ke sungai bagi mengelakkan ikan-ikan di sungai supaya tidak memakan mayat Quwuan
o   Perayaan ini dipanggil Dragon Boat.

PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA
o   Hari Deepavali
o   Thaipusam
o   Tahun Baru India
o   Perayaan Menyambut Dewa
o   Ponggal
·         Hari Deepavali
o   Disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil
o   Untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan rohani
o   Pada hari Deepvali, penganut Hindu
o   Menghiasi rumah dengan pelita
o   Bermain mercun
o   Mengagihkan manisan dan hadiah
o   Mengadakan upacara sembahyang
·         Thaipusam
o   Untuk menghormati dewa Murugan
o   Untuk menunaikan nazr dan menebus dosa
o   Semasa perayaan , penganut Hindu
o   Membawa susu
o   Mencukur rambut
o   Membawa Kavadi di atas bahu atau kepala
o   Kavadi dibuat daripada beberapa batang kayu atau                                                                            besi dan diatasnya diletakkan patung dewa Murugan

·         Tahun Baru India
o   Disambut pada 14 April
o   Semasa perayaan penganut Hindu                                                                            melakukan:
o   Mandi minyak
o   Bersembahyang di kuil
o   Memohon maaf kepada ibubapa
o   Perayaan Menyambut Dewa
o   Disambut pada bulan April dan Oktober
o   Bulan April untuk            
§  Dewa Panguniutharam dan
§  Dewa Murugan
o   Bulan Oktober untuk
§  Dewa Gajah
§  Dipanggil juga Dewa Vinaragar


·         Ponggal
o   3 hari penting dalam Pesta Ponggal
o   Hari pertama dipanggil Ponggal (pesta menuai)
o   Hari kedua dipanggil Mattuponggal (untuk orang yang ada lembu)
o   Hari ketiga dipanggil Kanmi Ponggal (untuk anak dara)
o   Penganut Hindu beramai-ramai memasak nasi bersama susu dalam periuk belanga

UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
o   Agama Islam
o   Bahasa Melayu
o   Kedudukan istimewa orang Melayu
o   Kedudukan istimewa Bumiputera di Sabah dan Sarawak
o   Pemerintahan beraja
·         PERKARA 3 – AGAMA BAGI PERSEKUTUAN
o   Islam ialah agama Persekutuan , tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
o   Raja sebagai Ketua Agama Islam di negerinya
o   Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, sabah dan Sarawak akan diwakili oleh Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam
o   Yang di Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


·         PERKARA 11 – KEBEBASAN AGAMA
o   setiap orang berhak untuk menganut agamanya dan mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4).
o   Melalui Perkara 11(4), ia memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri dan Wilayah boleh menyekat atau mengawal apa-apa pengembangan agama lain kepada penganut-penganut agama Islam
o   tiada seorang pun bleh dipaksa membayar apa-apa cukai yanag hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri
o   setiap kumpulan agama berhak untuk mnguruskan halehwal agama mereka sendiri, menubuhkan dan penyelenggaraan institusi bagi maksud agama serta mentadbirkannya
o   undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pemgembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam

·         ISLAM DAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
o   Firman Allah yang maksudnya:
o   Wahai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.
o   (Surah al-Hujurat 49:13)
o   Semasa zaman Nabi, baginda mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan agama
o   Dalam perlembagaan Madinah, masyarakat Kristian dan Yahudi mendapat layanan yang baik, bebas mengamalkan agama mereka dan mendapat hak yang sama dalam pengadilan
o   Islam adalah tonggak kepada keadilan, toleransi dan kebajikan semua bangsa

·         ASAS-ASAS HUBUNGAN DALAM ISLAM
o   Berkenal-kenalan (al-Taaruf)
o   Persaudaraan (al-Ukhuwah)
o   Saling bekerjasama (Al-Ta’wun)
o   Saling memahami (Al-Tafahum)
o   Saling berkasih saying (Al-Mahabbah)
o   Jamin-menjamin (Al-Tadhamun)

TOLERANSI AGAMA
·         Asas dasar perpaduan ialah sifat toleransi dalam beragama
·         “Allah tidak melarang kamu untnuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.” (Surah al_Mumtahanah 60:8)
·         Toleransi juga bermaksud kebebasan untuk mana-mana agama mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenteraman individu dan agama lain
·         Timbul isu konflik berkaitan sensiviti agama: isu kalimah Allah, isu pembakaran di surau dan gereja, penemuan kepala babi di surau, berbuka  dengan daging babi
·         Toleransi agama semakin luntur disebabkan oleh
o   Perubahan masa
o   Kurangnya pemahaman terhadap ajaran agama lain
o   Kewujudan laman sosial
o   Peranan media massa yang menimbulkan sensiviti kaum
o   Pengaruh daripada luar
·         Toleransi boleh dipupuk  melalui
o   Sistem pendidikan
o   Kewujudan subjek hubungan etnik di IPT/IPTS
o   Peranan media massa
o   Badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)

BENTUK-BENTUK TOLERANSI DI AGAMA DI MALAYSIA
·         Sambutan rumah terbuka
·         Kegiatan gotong-royong
·         Setiap kaum menghormati agama lain
·         Semua kaum bebas mengamalkan agama masing-masing
·         Kaum bukan Melayu mengaku Islam sebagai agama rasmi negara
·         Mereka menghormati laungan azan dan bacaan doa dalam majlis
·         Kaum bukan Melayu membenarkan pekerja Muslim menunaikan solat sewaktu bekerja
·         Cuti umum sempena perayaan agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian
·         Setiap kaum memahami konsep makanan halal dan haram

PENUTUP

·         Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian.

1 comment:

  1. Harrah's Lake Tahoe - Mapyro
    Harrah's Lake Tahoe in Stateline, NV. Located in Stateline, Harrah's 세종특별자치 출장안마 Lake Tahoe 양산 출장샵 is 전주 출장마사지 located on the banks of 안성 출장안마 the lake, just a 군포 출장안마 short

    ReplyDelete