Sunday 15 May 2016

NOTA RINGKAS MPU2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

Nota ringkas ini tidak cukup untuk dijadikan bahan bacaan untuk menjawab peperiksaan akhir. PASTIKAN ANDA MEMBACA BUKU TEKS.

BAB 4 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN

Bab 4. SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

·         Pengkhususan kuasa  (pengasingan kuasa)
·         Badan Eksekutif
·         Badan Perundangan
·         Badan Kehakiman.
·         Pentadbiran peringkat negeri

Pengasingan kuasa
·         Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan.
·         pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
·         Teori ini dinamakan Teori pengasingan kuasa.
·         konsep pengasingan kuasa ini dapat dilihat pada tiga bentuk pemerintahan yang utama iaitu :
o   Badan Eksekutif
o   Badan Legislatif
o   Badan Judisiari

·         Montesquieu

STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
·         MAJLIS RAJA-RAJA
·         SENARAI SULTAN-SULTAN
o   Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan
DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR
o   Sultan Selangor
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
o   Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
o   Sultan Kelantan
Sultan Muhammad V
o   Sultan Terengganu
SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL- MUKTAFI BILLAH
Sultan Kedah
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUA’DZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
o   Sultan Pahang
 SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH
o   Sultan Johor
SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD ISKANDAR AL-HAJ
Sultan Perak
SULTAN AZLAN MUHIBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDIN GHAFARULLAHU-LAH

·         Yang di-Pertua Negeri
o   Mohd Khalil Yaakob
Yang Dipertua Negeri Melaka
o   Abdul Rahman Abbas
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
o   Juhar Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng
Yang di-Pertua Negeri Sarawak

YANG DIPERTUAN AGONG
·         PEMILIHAN YANG DIPERTUAN AGONG
o   Raja2 dipilih mengikut kekananan.
o   Raja2 sahaja mengundi.
o   Raja tidak boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama.
o   Raja boleh melantik raja lain untuk mewakili beliau.
o   Giliran bagi 5 tahun.
o   9 giliran ambil masa 45 tahun
·         PUSINGAN LEBIH SINGKAT
o   Raja mangkat.
o   Raja menolak jawatan Agong.
o   Raja didapati tidak layak:
o   Belum cukup umur.
o   Masalah kesihatan.
o   Masalah peribadi.
·         PUSINGAN LENGKAP
o   Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan
o   Sultan Selangor
o   Raja Perlis
o   Sultan Terengganu
o   Sultan Kedah
o   Sultan Kelantan
o   Sultan Pahang
o   Sultan Johor
o   Sultan Perak

·         AGONG KETUA
TIGA BADAN
o   Badan Perundangan (Legislatif):
§  Meluluskan undang-undang.
o   Badan Pemerintahan (Eksekutif):
§  Melantik Perdana Menteri, menteri2, dan duta2.
o   Badan Kehakiman (Judisiari):
§  Melantik hakim-hakim
§  Melantik Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Besar, Mahkamah Tinggi.
§  Keputusan mahkamah atas nama Agong.
§  Kuasa mengampun.

·         KUASA BUDI BICARA AGONG
o   Melantik Perdana Menteri – terhad.
o   Menangguhkan pembubaran Parlimen.
o   Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja.
o   Fungsi-fungsi lain. Menasihati Perlantikan Ketua Hakim Negara, 2 Hakim Besar dan Hakim Mahkamah Persekutuan serta 2 Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya
·         IMUNITI RAJA-RAJA
o   Ekoran Sultan pukul rakyat.
o   Supaya perlembagaan tidak disalahgunakan.
o   Akta Pindaan 1994 tarik balik imuniti.
o   Sultan bersalah dibicarakan di Mahkamah Khas.

JEMAAH MENTERI
o   Dimulakan oleh sistem Ahli (1951-1955).
o   Kabinet moden pra-merdeka ditubuhkan selepas Pilihanraya 1955 oleh Tunku Abdul Rahman.
o   Jemaah Menteri – merupakan badan tertinggi dalam Parlimen.
o   Perdana Menteri  menjadi Ketua Jemaah Menteri.
·         JEMAAH MENTERI / KABINET
o   Ahli-ahli Jemaah Menteri mesti bertanggungjawab di atas keputusan Jemaah Menteri.
o   Mesyuarat akan diadakan sekali seminggu.
o   Perdana Menteri bertanggungjawab melantik Setiausaha untuk membantu PM.
o   Perdana Menteri berhak  melantik Setiausaha Politik yang tidak semestinya dari Dewan Parlimen
·         BIDANG KUASA KABINET
o   Ahli-ahli jemaah menteri bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh jemaah Menteri
o   peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri merupakan pembawa usul

TUGAS-TUGAS PERDANA MENTERI
·         Ketua Jemaah Menteri
o   Mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai kabinetnya.
o   Mereka adalah orang yang dipercayai dan boleh bekerja sama dan menyokongnya.
o   Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan sekali seminggu.
o   Pemilihan PM dalam melantik ahli JM terbatas:
o   Terpaksa mengimbangi perwakilan semua arti.
o   Pelantikan berdasarkan kepada kedudukan dalam hierarki parti

·         Ketua Pentadbir Utama
o   Semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan, termasuk kementerian-kementerian, diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
o   Memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program untuk:
o   Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.
o   Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam.
o   Merapatkan  hubungan sektor awam dengan sektor swasta.

·         Ketua Parti Pemerintah
·         Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti politik
·         Memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum.
·         Ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan
·         Perlu mengambil kira perwakilan dari semua parti anggota apabila membuat pencalonan untuk mengisi keanggotaan Jemaah Menteri.
·         Menentukan agihan kemudahan-kemudahan
·         Mencalonkan seseorang itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke Dewan Negara.
Melantik dan menentukan bilangan jawatan setiausaha politik;
·         Melantik seseorang ke mana-mana badan (berkanun dan swasta)

·         Pegawai Diplomatik Utama
o   Hubungan dengan negara luar – PM menentukan negara yang boleh mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
o   Peranan Malaysia di arena antarabangsa – kejayan Malaysia di arena antarabangsa bergantung kepada personaliti dan kepimpinan PM.
o   Negarawan dan Jurucakap Dunia membangun – Tun Dr Mahathir tegas memperjuangkan pengagihan secara adil kekayaan dunia antara negara miskin dan negara kaya dan juga lantang mengkritik sikap Barat.


·         SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA
o   TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ (BAPA KEMERDEKAAN) 1957-1970
o   TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO’ HUSSEIN (BAPA PEMBANGUNAN) 1970-1976
o   TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (BAPA PERPADUAN) 1976-1981
o   TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD (BAPA PEMODENAN) 1981-2003
o   TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN) 2003-2009
o   DATO SERI NAJIB TUN ABD RAZAK (BAPA TRANSFORMASI MALAYSIA) 2009-KINI

·         SENARAI MENTERI BESAR DAN
KETUA MENTERI
o   YAB DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
Menteri Besar Pahang
o   YAB DATO' HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN
Menteri Besar Terengganu
o   YAB DATO' SERI AZLAN BIN MAN
Menteri Besar Perlis
o   YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor
o   YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri Sembilan
o   YAB DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
Menteri Besar Johor
o   YAB DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
o   YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak
o   YAB DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR
Menteri Besar Kedah
o   YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
o   YAB DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Ketua Menteri Melaka
o   YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah
o   YAB TAN SRI DATUK AMAR HAJI ADENAN BIN HAJI SATEM
Ketua Menteri Sarawak
o   SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI
UPDATED 5 FEBRUARI 2016


KEMENTERIAN
·         Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan.
·         Bagi sesuatu kementerian yang besar dan mempunyai tugas penting, biasanya seseorang menteri itu akan dibantu oleh seorang timbalan
·         Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen (SUP)
·         SUP membantu menteri untuk menjawab pertanyaan dalam parlimen, menerangkan dasar dan mengusulkan rang undang-undang
·         Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU)
·         Terdapat 25 kementerian – boleh ditambah atau dikurangkan.
·         Ketua Setiausaha Negara – ketua perkhidmatan awam Persekutuan dan ketua pentadbir utama di Jabatan Perdana Menteri.
·         Dua jenis menteri iaitu : Berportfolio (kerja khusus) dan tanpa portfolio.
·         Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan.
·         Bagi sesuatu kementerian yang besar dan mempunyai tugas penting, biasanya seseorang menteri itu akan dibantu oleh seorang timbalan
·         Menteri dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen (SUP)
·         SUP membantu menteri untuk menjawab pertanyaan dalam parlimen, menerangkan dasar dan mengusulkan rang undang-undang
·         Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU)


·         FUNGSI-FUNGSI KEMENTERIAN
o   membentuk dan menyelaraskan pelaksanaan dasar
o   merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan
o   mengawal jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun yang melaksanakan prodram-program kementerian.



BADAN BERKANUN
o   Merupakan sebuah perbadanan awam.
o   Menjadi agensi separuh kerajaan.
o   Di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
o   Ditibuhkan melalui akta Palimen, enakmen dewan Undangan Negeri.
o   Memiliki peruntukan kewangan tersendiri.
o   Kuasa autonomi (namun masih bertanggungjawab kepada menteri bagi kementerian terbabit).
o   Mempunyai skop yang luas seperti: pembngunan sosio- ekonomi, pembangunan tanah, pendidikan, pertanian.

·         FUNGSI
o   Pembangunan tanah di kawasan tertentu. Contoh: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Johor Tengara (KEJORA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara  (FELCRA)
o   Pendidikan Tinggi - Contoh: UIA, UKM, UiTM.
o   Pembangunan sosio-ekonomi di peringkat negeri – Contoh: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
o   Memberikan kemudahan kredit dan lain2 - Contoh: Bank Negara Malaysia, Bank Pertanian Malaysia, Majlis Amanah Rakyat.

SURUHANJAYA
·         Tugas Suruhanjaya
·         Memastikan menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap.
·         Bebas dan tidak ada campur tangan dari pihak lain.
·         Ahli dilantik secara khas iaitu dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis raja-raja.
·         Suruhanjaya di peringkat Persekutuan ialah:
o   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
o   Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
o   Suruhanjaya Pasukan Polis.
o   Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.

·         SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
o   Ditubuhkan 31 Ogos 1957.
o   Perkara 144(1).
o   Pengerusi – Datuk Haji Abdul Wahab b. Haji Adam
o   Timbalan – Datuk Muhammad b. Mohd Noor.
o   Peringkat urusetia diketuai oleh Setiausaha dibantu oleh 2 Timbalan dan 8 Ketua Bahagian.
o   Fungsi – perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen bagi anggota Perkhidmatan Awam, pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat,. Kawalan tatatertib.

·         SURUHANJAYA PILIHANRAYA
·         Pengerusi SPR
o   Tan Sri Dato’ Abdul Azizbin Mohd Yusof
·         Timbalan Presiden SPR
o   Datuk Wira Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar
(DCSM,DSMZ,DPMT,DIMP,DPMS,JMN, JBK,KMN,AMN)
·         Setiausaha
o   DATO' NGAH BIN SENIK (DSAP,SMZ,SMP,AMP )
·         Ahli SPR
o   Dato' Hj.Zainal Abidin Hj. Mat Said
(Tahun : 18.03.2002 - Sekarang)
o   Datuk Hj.Jamdin Buyong
(Tahun : 30.10.2002 - Sekarang)
o   Tuan Hj. Mohamad Ramji bin Alli ( PPT,PPB)
o   Datuk Dr. P. Manogran
(Tahun : 29.05.2006 - Sekarang)
o   Datuk Christopher Wan Soo Kee
(Tahun : 22.08.2008 - Sekarang)

·         Syarat Kelayakan SPR
o   Berumur tidak lebih daripada 65 tahun
o   Ahli tidak muflis
o   Tidak pegang jawatan bergaji lain
o   Bukan ahli Parlimen atau ADUN

·         SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS
o   Perkara 140 – mempunyai bidang kuasa ke atas semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
o   Ahli – Menteri Dalam Negeri (Pengerusi), Ketua Polis Negara , Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (PDRM), ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 2-6 ahli lain.
o   Fungsi – mengawalsetia perjalanan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia: perlantikan jawatan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, petukaran, kawalan tatatertib.
o   Pengerusi
§  Y.B. DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri

·         MAJLIS ANGKATAN TENTERA
o   Perkara 137
o   Fungsi:
o   Mengawal setia perjalanan pentadbiran angkatan tentera.
o   Mengawal tatatertib anggota tentera.
o   Ahli – Menteri Pertahanan sebagai Pengerusi, wakil Raja2, Ketua Turus Angkatan Tentera , Ketua Seiausaha Kementerian Pertahanan, 2 pegawai kanan agkatan Tentera Persekutuan. Pegawai kanan tentera laut, pegawai kanan tentera udara, 2 ahli lain.
o   Pengerusi
Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
 Menteri Pertahanan

·         SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
o   Ditubuhkan Januari 1974.
o   Syor Suruhanjaya Diraja Perkhidmatan Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran.

o   Pengerusi – Tan Sri Abdul Rafiee b Mahat,
o   Timbalan – Dato’ Hj Abdul Raof b Hussin dan
o   16 ahli Suruhanjaya.
o   Fungsi: Pengambilan, Lembaga Temuduga, Urusan Perkhidmatan..
o   Pengerusi
o   Y. BHG. DATO' HJ. KUSAINI BIN HJ. HASBULLAH
D.P.T.J., K.M.N., A.M.N., P.P.N., P.I.S.
o   Timbalan Pengerusi
o   Y. BHG. DATO' HJH. RAHIMAH BINTI DATO' HAJI AHMAD
D.S.P.N., J.S.M., D.J.N., K.M.N.
o   Setiausaha
o   Y. BHG. DATO' WAN KHAZANAH BINTI ISMAIL
D.S.P.J., A.M.P.

PERUNDANGAN
·         Undang-undang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan.
·         Fungsi utama:
o   menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang.
o   Parlimen Persekutuan gubal bagi peringkat persekutuan.
o   Dewan Undangan Negeri gubal bagi peringkat negeri.
o   Banyak pindaan.

·         DEWAN NEGARA
o   70 ahli
o   Dipanggil senator
o   Memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik dua kali
o   2 orang dilantik daripada setiap negeri kecuali Labuan dan Putrajaya seorang sahaja dilantik
o   40 orang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong
o   Tugas Yang di Pertua Dewan Negara
§  Mengawasi  mesyuarat berjalan licin
§  Memastikan perbahasan berkaitan
§  Membuat keputusan peraturan jika berlaku perbalahan

·         DEWAN RAKYAT
o   222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
o   Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun
o   Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
§  warga negara Malaysia
§  tidak kurang dari 21 tahun
§  waras fikiran
§  bukan seorang muflis
§  tidak mempunyai rekod jenayah
§  Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
·         Yang di Pertua Dewan Rakyat
o   YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia
28.04.2008 - kini
o   Tugas
§  Mengawasi mesyuarat berjalan licin
§  Memastikan perbahasan berkaitan
§  Membuat keputusan peraturan mesyuarat jika ada perbalahan
§  Mengesahkan bil-bil kewangan sebelum dibawa masuk
·         HILANG KELAYAKAN
o   Menjadi gila
o   Menjadi bangkrap
o   Memegang jawatan bergaji
o   Mungkir hantar penyata perbelanjaan pillihanraya 33 hari selepas
o   Dipenjara setahun atau didenda RM2000
o   Menjadi warganegara asing

·         KEISTIMEWAAN PARLIMEN
o   Perjalanan di dalam Dewan tidak boleh didakwa di mahkamah.
o   Tidak boleh didakwa terhadap ucapan dalam Parlimen.
o   Hanya kalau menimbulkan isu2 sensitif boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
o   Tidak boleh dibicarakan di mahkamah terhadap apa yang diterbit dalam Dewan Parlimen.

KEHAKIMAN (JUDICIARY)

·         Wujud 600 tahun .
·         3 jangkamasa:
·         Kesultanan Melayu Melaka.
·         Kedatangan Agama Islam.
·         Inggeris memperkenalkan Common Law.
·         Sebahagian besar sumber bertulis.
·         Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri.
·         D. Robertson - kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim dalam satu sistem perlembagaan.
·         Kuasa kehakiman berbeza antara negara.
·         Kuasa mahkamah:
o   Mentafsir perlembagaan negara.
o   Mentafsir  undang-undang.
o   Mengisytihar undang-undang bertulis persekutuan dan negeri.
o   Mengisytihar tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang.

·         SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
o   Undang-undang Melaka
o   Hukum Kanun Melaka
o   Risalut Hukum Kanun dan Undang-undang Laut Melaka
o   Undang-undang Pahang
o   Undang-undang Kedah
o   Undang-undang Johor
o   Undang-undang 99 Perak.

·         SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
o   Penjajahan Inggeris:
o   Tiga Piagam Keadilan (Charters of Justice)
o   Charter of Justice pertama di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 bagi mewujudkan court of Judicature.
o   Charter of Justice kedua di Singapura dan Melaka pada 27 November 1826.
o   Charter of Justce ketiga di negeri-negeri Selat pada 1855 untuk melaksanakan Common Law dan Law of Equity.
o   Undang-undang Inggeris dimansuhkan berperingkat.
o   Contohnya:  Rayuan ke Privy Council dimansuhkan berperingkat-peringkat dari tahun 1978 sehingga 1 Januari 1985.

·         KLAFIKASI UNDANG-UNDANG
o   Undang-undang Awam -
o   Undang-undang Perlembagaan
o   undang-undang Jenayah
o   Undang-undang Antarabangsa -
o   Undang-undang Antarabangsa Awam
o   Undang-undang Antarabangsa Persendirian
o   Undang-undang Persendirian
§  Kontrak
§  Tort
§  Amanah

·         SUMBER UNDANG-UNDANG
·         Undang-undang Bertulis.
o   Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
o   Undang-undang dibuat oleh Parlimen dan DUN.
·         Undang-undang Tidak Bertulis
o   Hukum adat tempatan.
o   Kes yang diputuskan mahkamah (judicial decision).
o   Common Law dan Rukun Ekuiti inggeris.
o   Resam tempatan (Local Customs)
o   Undang-undang Islam/Syariah
o   Al-Quran
o   Hadis Nabi Muhammad S.A.W.
o   Undang2 yang dipersetujui oleh ulamak fikah

·         PERBEZAAN UNDANG2
o   JENAYAH
§  Kesalahan pada negara
§  Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imegresen, Majlis Perbandaraan.
§  Penjara guna wnag negara, denda menjadi wang negara.
o   SIVIL
§  Menyebabkan kerugian.
§  Kerajaan menyelesaikan pertikaian.
§  Denda diberi kepada yang menang.

·         BAGAIMANA UNDANG2 DIKUATKUASAKAN
o   Kes Saman
§  Bukan  bercorak tangkapan.
§  Majistret mengeluarkan surat saman dan mengarahkan hadir ke mahkamah.
o   Waran Tangkap
§  Kesalahan serius.
o   Perintah Timbalan Pendakwa Raya
§  Polis anggap kes tidak boleh tangkap begitu serius., polis buat siasatan.
o   Kes Boleh Tangkap
§  Polis menangkap tanpa waran.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN
·         Mahkamah Atasan
·         Mahkamah Persekutuan
·         Mahkamah Rayuan
·         Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo
·         Mahkamah Rendah
·         Mahkamah Sesyen
·         Mahkamah Juvana
·         Mahkamah Majistret
·         Mahkamah Tuntutan Kecil
·         Mahkamah Penghulu


·         Mahkamah Khas
o   Mahkamah Tentera
o   Mahkamah Perusahaan
o   Mahkamah Buruh
o   Mahkamah Merinyu Kanan Galian

·         MAHKAMAH NEGERI
o   Mahkamah Syariah
o   Mahkamah Syariah Rayuan
o   Mahkamah Kadi Besar
o   Mahkamah Kadi
o   Mahkamah Adat/ Mahkamah Anak Negeri
o   Mahkamah Adat Daerah
o   Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat
o   Mahkamah Penghulu.




·         Mahkamah Persekutuan
o   Dianggotai oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar mahkamah mahkamah Tinggi, empat orang hakim.
o   Memutuskan sama ada undang2 yang digubal di Parlimen atau DUN sah atau tidak.
o   Membuat keputusan mengenai perselisihan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
o   Membuat keputusan mengenai perselisian antara kerajaan negeri dengan kerajaan negeri yang lain.
o   Menimbangkan kes-ke rayuan sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi.
o   Menjadi penasihat kepada Yang di Pertuan Agong mengenai Perlembagaan.
o   Mahkamah Persekutuan
o   Mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan negeri dengan persekutuan.
o   Berkuasa untuk menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
o   Merupakan mahkaah tertinggi mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
o   Kes-kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah.
o   Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250 000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini.
·         Mahkamah Rayuan
o   Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.
o   Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250 000.
o   Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.
·         Mahkamah Tinggi
o   Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara dan juga pelancong asing yang berada di Malaysia.
o   Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
o   Kes sivil melibatkan hal-hal penjagan kanak-kanak serta orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan perceraian bagi bukan muslim  serta kemuflisan.
o   Mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya melebihi RM25,000
o   Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah daripada Mahkamah Rendah yang nilai dendanya melebihi RM25.
·         Mahkamah Sesyen
o   Mahkamah tertinggi dalam komponen mahkamah rendah.
o   Membicarakan kes jenayah dan sivil.
o   Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM25000.
o   Kes jenayah – membicarakan apa jua jenis kesalahan jenayah kecuali menjatuhkan hukuman mati.
o   Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
o   Mengenakan hukuman maksima 5 tahun penjara, denga RM1000, 12 kali sebatan atau kedua2nya sekali.
·         Mahkamah Majistret Kelas I
o   Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan ialah 5 tahun penjara dan denda RM10 000, sebatan 12 kali atau ketiga2nya sekali.
o   Hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, akta kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953.
o   Kes sivil – melibatkan jumlah nilai yang tidak melebihi RM 10000
·         Mahkamah Majistret Kelas II
o   Kes jenayah – hukuman maksimum yang boelh dijatuhkan ialah tidak melebihi 3 bulan penjara dan denda RM250 atau kedua2nya sekali.
o   Kes sivil – nilai kes tuntutan tidak melebihi RM3000.
·         Mahkamah Tuntutan Kecil
o   Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3000.
·         Mahkamah Penghulu
o   Diadili/diketuai oleh Penghulu (terdapat di Semenanjung Malaysia).
o   Membicarakan kes-kes jenayah ringan yang dendanya tidak melebihi RM25.
o   Membicarakan kes-ks sivil yang dendanya tidak lebih RM50.
o   Rayuan terhadap keputusan jenayah dan sivil yang dibicara di mahkamah ini boleh dibuat di Mahkamah Majistret Kelas Satu.
·         Mahkamah Anak Negeri/ Daerah
o   Diketuai oleh Pegawai Daerah.
o   Mahkamah ini terdapat di Sabah dan Sarawak.
o   Berkuasa memutuskan supaya pembicaraan diulang semula.
o   Membicarakan kes2 pelanggaran adat oleh suku2 kaum.
o   Seperti pelangaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang2 adat, adat2 keagamaan dan sebagainya
·         Mahkamah Juvana
o   Diketuai oleh Hakim Mahkamah Majistret Kelas Satu.
o   Membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh juvana yang berumur 10 hingga 18 tahun.
o   Pesalah2 tidak dijatuhi hukuman, tetapi dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berumur 21 tahun.
o   Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
o   Sekolah Henry Gurney
·         Mahkamah Syariah
o   Untuk mengadili umat Islam.
o   Membicarakan kes2 sivil dan kes jenayah.
o   Kes sivil - nafkah dan tanggungan, perkahwinan, perceraian , wasiat , wakaf pembahagian harta dan sebagainya.
o   Kes jenayah – berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras serta tidak menunaikan zakat dan fitrah.
o   Mahkamah yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.
·         Mahkamah Perusahaan
o   Mengadili dan menyelesaikan perselisihan antara pekerja dengan majikan atau kesatuan sekerja.
·         Mahkamah Tentera
o   Mengendalikan tingkah laku tentera.
o   Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
o   Seperti tidak patuh kepada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran.
o   Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati kecuali dengan pengesahan YDPA.
o   Pesalah dari Mahkamah Tentera boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.
·         Mahkamah Khas Raja-raja
o   Membicarakan kesalahan yang diPertuan Agung dan Sultan dalam kes sivil dan  kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan.
o   Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
·         HIERARKI
o   Hal2 rayuan boleh dilaksanakan.
o   Membezakan mahkamah tinggi dan rendah
o   Kalau tidak berpuas hati, boleh buat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
o   Kalau semua kedudukan mahkamah sama maka akan timbul  masalah dan kekeliruan.

·         KEBEBASAN KEHAKIMAN
o   Tidak memihak kepada sesiapa.
o   Mempunyai kebebasan tersendiri.
o   Mahkamah tidak dikenakan kawalan.
o   Hakim boleh dipecat oleh YdP Agong selepas disyorkan oleh tribunal yang terdiri daripada hakim dan bekas hakim.
o   Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana2 majlis parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
o   Pegang jawatan sampai umur 65 tahun.



Pentadbiran peringkat negeri

·         Tugas-tugas raja Mengikut Budi Bicara
o   Melantik Menteri Besar / Ketua Meneri
o   Mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri
o   Memperkenankan perlantikan Menteri Besar / Ketua Menteri
o   Memperkenankan Pelantikan ahli Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri (EXCO) / Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar / Ketua Menteri
·         Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
o   Raja melantikan 4-8 EXCO
o   EXCO seperti kabinet memberi nasihat kepada raja
o   Ex-oficio:
§  Setiausaha Kerajaan Negeri
§  Penasihat Undang-undang
§  Pegawai Kewangan Negeri
o   Raja boleh memilih orang bukan Melayu sebagai ADUN
o   Jika Menteri Besar tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN, mesti letak jawatan
o   EXCO boleh memegang jawatan selama diperkenankan Sultan kecuali Menteri Besar


·         Bidang Kuasa Peringkat Negeri
o   Perlembagaan peruntukkan untuk kerajaan negeeri: agama, pertanian, pendidikan, perhutanan, pentadbiran tanah, air dll
o   Dasar oleh DUN diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kemudian kepada Pejabat Daerah untuk tindakan
o   Agensi kerajaan boleh membantu seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negara
·         Peringkat Daerah
o   Pentadbiran di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah
o   Mukim diketuai oleh penghulu
·         Di Sarawak terdapat:
o   Bahagian – residen
o   Daerah – Pegawai Anak Negeri
o   Daerah Kecil – Penghulu
o   Kampung – Penghulu
·         Di Sabah terdapat:
o   Daerah – Pegawai Daerah
o   Kampung – ketua kampung
o   Pentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran

CORAK KERAJAAN TEMPATAN